pejam.celik.celik.celik.pejammmmm. eh?sebulan dah praktikal.TAHNIAHHH to myself!!!*masukkan effect bunga api sendiri*
![]() |
| *yeayyyyy* |
----> malas2 nak bangun pagi, segan2 nak berhadapan dengan orang, blur2 nak buat kerja, tapi ALHAMDULILLAH, sebulan dah berlalu...
serious tak sangka da sebulan beb praktikal. banyak kali jugak check dekat log book lepas my bos tanya semalam..hihi..sendiri tak ingat. bos yang tanya.. nak bagi elaun katanya..hihiii..
bos: "syeera, awak masuk hr tu bpe hr bulan?"
me: "errrrr... entah. jap saya check log book ni.." *selak2 log book* "oh, 10/6 bos.." *ye, takkan lupa, 9/6 kan usul fiqh kott cik anggun*
bos: "haaa, sebulan da la kan?"
me: "oh, a'ah..heeee.."
bos: "i'll give you allowance.............................." *sambil seluk2 beg keluarkan duit*
*berbunganya hati waktu tu... YES, WEEKEND NI SHOPPINGGG!*
*sekali bos keluar bagi duit kat ofis boy, elaun dia~*
*dah 5.30! balikkk! balik lagi penting dari duit.hoyeah!*
-----> nampaknya next week la baru dapat elaun nya, hari ni bos tak de, pergi KL, tengok anak.
setiap jumaat, or at least 2 minggu sekali hari jumaat my bos akan pergi KL lawat anak dia. dan kenapa hari jumaat? sebab nak bawak anak dia pergi solat jumaat! kalau tak, anak dia selalu tak nak pergi, walau dengan atok dia..*budak2~* hebatkan tarbiyah beliau? *sila takjub! saya sudah...hiiiii* *bukan takjub dengan beliau ke KL setiap minggu tapi kerana tujuannya!*
oh, btw, pasal elaun tu tak pe je..tak perlukan sangat pun~ ye la, makan minum di rumah, duit minyak ayah-abang sponsor, bukannya ada nak bayar sewa ke apa.. ni kelebihan buat dekat rumah la kannn...hiii*
perlunya untuk bershopping je ni..hekkk~ *rambang mata dah tengok baju,kasut,beg,tudung!!* *tak sampai hati nak meminta2 pada abah, dah banyak sangatttt da perbelanjaan setakat ni~hikk* CONSIDERATE! *baikkan??*
sebenarnya segan juga nak amik elaun yang bakal diberi~ apa sangat la kerja yang aku buatkan! seolah dibayar semata-mata untuk bangun pagi saja...hekkk
![]() |
| *tak pe lah, shopping tu boleh ditangguhkan lagi...hikk* |
SEBULAN BERPRAKTIKAL
So far, perjalanan praktikal ni baik2 saja~
bila fikir2 balik, memang rasa kejap pun masa berlalu..
walau hari2 menanti jarum 5.30 ptg, tapi itulah....huhhh..
sebulan ini, banyak membantu ku lebih jelas dengan apa yang akan aku lakukan selepas grad nnt..
ye, semakin JELAS, tapi belum PASTI... susah sebenarnya untuk benar2 pasti, lagi2 diriku ini seorang wanita. cehhh..
hari ni kan, ofis i buat trip ke KL & Genting Highland! sponsored kot~ tapi saya memilih menghabiskan hujung minggu saya dirumah.bersama keluarga. mengapa? jangan tanya~
2 more months to go! wish me luck! semoga Allah redha~



No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.