Tuesday, 16 July 2013

majlis buka puasa

*ASSALAMUALAIKUM, tak jawab dosa, kalau jawab SAAAYAANGGGG...*

 Alhamdulillah, minggu ni saya berpeluang berbuka puasa ditempat berbeza selain rumah.

MAJLIS 1

Pada hari sabtu yang lepas, kami sekeluarga berbuka puasa di rumah anak2 yatim Berkat di JB.. tahun ni sedikit berbeza, kami sekeluarga turut bersama-sama tukang masak di situ masak untuk majlis berbuka puasa disana. biasanya kami hanya akan datang sejam sebelum berbuka tanpa menjengah ke dapur.

duduk didapur pada bulan puasa untuk menyediakan makanan untuk 130++ orang adalah sangat MELELAHKAN uolllsss.. sangat #RESPECT pada mak cik2 tukang masak di situ yang memasak untuk anak2 di situ SETIAP HARI ok! unless, ada orang yang menyumbangkan juadah berbuka puasa yang sedia dimasak. nak masak sahur lagi! hanya 3 kudrat wanita yang sebaya mak saya yang ada didapur. SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA KEBAIKAN MAKCIK2 TERSEBUT DENGAN KEBAIKAN DIDUNIA & AKHIRAT#

p/s: selepas berpengalaman memasak disana, kami sekeluarga bertekad akan turun ke dapur anak2 ini lagi walau tanpa sumbangan wang. mereka lebih memerlukan tenaga saya rasa. INSYAALAAH# kerana sumbangan dari sudut kewangan sudah cukup banyak.. terutamanya di bulan Ramadan ini. #rezeki anak2 yatim ;)

dalam jam 6.30 petang, Alhamdulillah 90% kerja didapur selesai.. kami sekeluarga pun setelah membersihkan diri, menuju ke surau untuk bersama2 membaca tahlil ringkas bersama anak2 disitu. ini adalah #MOMENT yang saya rindui setiap tahun~ sayu sangat berzikir & berdoa bersama mereka~
ye. kali ini saya tewas, ada ir bertakung kat mata..entah hormon apa yang dirembeskan~

Sampai waktu berbuka, selesai menghidangkan makanan untuk adik2 tu, kami pun berbuka bersama-sama mereka^^ best tau! walau tanpa kambing golek, maupun cendol pulut. eh?

p/s: sorry no picture provided, I left phone~

MAJLIS 2

Hah, yang ini baru berlaku malam tadi yang membuat saya mengantuk hingga saya menaip post ini. ye, saya ngantuk~

Semalam bos saya belanja semua staff2 dia dan klien terdekat berbuka puasa di Bluewave Hotel, Jb.. frankly speaking, this is my 1st time berbuka di hotel. makan kat hotel hari2 biasa pernah la kan.. berbuka, 1st time..and, honestly, i dont like it! tapi sekadar memenuhi jemputan bos yang beria2 mahu semua staff beliau ada, maka saya pergi la juga.. and, insyaAllah, i will never did it again WILLINGLY (ada exception ye, kalau jemputan{itupun kalau jemputan tu bersungguh2,kalau tak, taknak la~})

makan kat hotel ni sebut apa yang tak ada kan. tapi tak tahu mengapa, hati saya tidak se'happy' sewaktu berbuka pada sabtu lepas~ i feel so teruk juga, sebab ketidakselesaan saya obvious :( *oh, taknak ingat*

saya tak menyalahkan sesiapa yang menganjurkan majlis berbuka di hotel. saya tahu mereka terpaksa, atas urusan bisnes dan lain2. saya juga yakin, mereka tidak mengabaikan orang2 yang susah dan anak2 yatim. bukti, bos saya sendiri~

BUTTTTT.... sepanjang saya mengais2 makanan saya, saya terfikir, berapa la bayaran untuk buffet semewah ini. agak2 duit tu, kalau buat majlis berbuka puasa untuk anak2 yatim, bleh makan seratus orang rather than 30++ disini~

sorry, I can not stop myself from thinking about it~

p/s: oh, juga tiada lampiran gambar. tidak berminat.

sekadar meluah perasaan~ salam ikhsan. x0x0

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.