terbaca artikel ni, dan tersuka..heee.. so, nak share dgn uolls^^
Aku pelik dengan sikap manusia. Di dalam kecerdikan dan kepandaian mereka pun ada kebodohannya.
* Eh,
bagaimana tu? Aku tak fahamlah. Engkau selalu cakap yang aneh-aneh. Apa
maksudnya yang sebenar, biar senang aku yang memang bodoh ni faham.
- Maksud aku kebodohannya tu tak sepatutnya ada. Bahkan sangat ketara pulak.
* Eh…. Aku lagi tak faham.]
- Begini…
selalunya manusia kagum dengan keindahan alam semulajadi yang
diciptakan. Tapi malangnya Pencipta ciptaan itu sikit pun tak
dikaguminya. Bukankah aneh… hasil ciptaan sangat dikagumi, tapi
Penciptanya langsung tak diambil peduli.
* Agaknya sebab manusia hanya nampak yang lahir saja .
- Seumpama
manusia yang kagum dengan kereta, tapi tak mengkagumi perekanya, maka
begitulah kebanyakan manusia ini. Mereka terpesona dan mabuk dengan
ciptaan Tuhan, tapi tak pula terpesona dan mabuk dengan Tuhan.
* Kalau semua orang mabuk dengan Tuhan, nanti semua orang tak pergi kerja. Asyik dengan tasbih dan sejadah sahaja.
- Tidak. Terbukti, orang yang mabuk dengan
Tuhanlah yang berjaya mentadbir dunia,seperti zaman Khalifah Islam yang
empat,Islam mengembangkan sayapnya hingga berjaya menakluki tiga suku
dunia.Yang aku bertambahhairan, pakar-pakar ciptaan Tuhan dianggap
ilmuan.
sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/dalam-cerdik-ada-bodohnya-manusia/

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.