Friday 16 August 2013

'SUSAH TAK BELAJAR LAW?'

*ASSALAMUALAIKUM, tak jawab dosa, kalau jawab SAAAYAANGGGG...*

selamat hari rayaaaa! lama tak updatekan? almaklum sajalah busy lain macam sikit bulan ramadan & syawal ni :) Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn baik^^

soalan2 famous musim perayaan

hahhhh, ni diaaaa.. bila raya2 ni banyak berjumpa orang, yang tak pernah2 jumpa pun, terrrjumpa. yang jumpa setahun sekali pun ada. masa2 ni la nak berkenalan, bertanya khabar, update berita2 terkini sesama saudara & sahabat handai kan! PERERAT UKHUWAH <3

sebagai anak remaja ni, biasalahkan, semacam sudah ada set soalan untuk kami2 ni ;)

TAPIkannnn, ada soalan yang saya rasa lain sikit la tahun ni yang saya TERperasan. ce teka?
'bila nak kahwin?' SALAH! itu tak lain mana pun..tu soalan basi sejak 1-2 tahun lepas..

soalan yang saya rasa saya tak pernah dapat sebelum ni adalah, 'SUSAH TAK BELAJAR LAW?'
hahhh..pelikkan? errrr, tak ke? oh, bagi saya pelik sebab.... soalan ini pertama kali saya dapat tahun ni dan bertambah pelik soalan ni saya ditanya berulang kali sepanjang raya ni oleh ORANG YANG BERBEZA! hmmmmm...tak pelik ke?

'SUSAH TAK BELAJAR LAW?'
terpinga2 la saya nak menjawab... sebab memang tak pernah fikir skema jawapannya..hekkk..
mestilah jawab SUSAH kan! hiii... cakap senang, riya' pulak...menipu lagi...wahaha...



mula2 bila di tanya rasa pelik dah. tp bila muhasabah2 balik perbualan & apa yg berlaku sepanjang raya ni, baru tersedar, soalan tahun ni berbentuk lain sedikit...ahaks!

soalan2 lain

btw, ada la soalan2 standard lain yang da ada skema jawapannya.

1. belajar lagi?
- ye :)

2. kat mana?
- UIA :)

3. amik apa?
- LAW :)

4. tahun berapa?
- tiga..

5. berapa tahun lagi?
- 2 tahun lebih.

6. lamanya.....
- ahahhhh... saya buat double degree, civil sayriah, so 5 tahun. insyaAllah :)

ahah! kan da kata...da ada skema~

ditambah utk tahun ni...soalan no.7

7. 'SUSAH TAK BELAJAR LAW?'
- (yg ni tak ada skema) - hiiiii, susah jugak. doakan saya :)

btw, soalan kahwin kurang sikit tahun ni sebab, perhatian orang dialihkan pada my big bro yang insyaAllah, tahun depan ^^ kena tempias2 je,hehe.. syeera sekali la/oh,ingatkan syeera dulu/lepastu syeera pulak la... yang ni mudah sikit, responnya senyum je :)))))) tak payah la jawab soalan bila,siapa,dll ^^ suka2!!

oh,sudah jumaat! hampir 2 minggu bercuti, lupa dah praktikal,ofis,log book,bos dan kerja~
isnin sambung kehidupan sebagai budak praktikal for another 2 weeks! hoyeahhh!

p/s: banyak sangat perkara & orang yang dirindu^^

mesir sedang bergolak~ mereka ditembak & dibunuh disana, kita jangan henti tembakkan doa buat mereka pula!

Wednesday 24 July 2013

unSANGKArable~



MANUSIA HARI INI SUKA
BERSANGKA-SANGKA
ADA SANGKAAN BAIK
ADA SANGKAAN BURUK
~~~~~
ORANG BERIBADAH DISANGKA RIAK
ORANG YANG RELAX DISANGKA MALAS
ORANG YANG PAKAI BAJU BARU DISANGKA MENUNJUK
~~~~~
ORANG YANG BAJU BURUK DISANGKA HINA
ORANG YANG MAKAN BANYAK DISANGKA PELAHAP
ORANG YANG MAKAN SIKIT DISANGKA KEDEKUT
ORANG YANG BAIK DISANGKA BURUK, ORANG BURUK DISANGKA BAIK
~~~~~
ORANG SENYUM DISANGKA MENGEJEK
ORANG MASAM DISANGKA MERAJUK
ORANG BERMUZAKARAH DISANGKA MEGUMPAT
ORANG DIAM DISANGKA SOMBONG
ORANG MENAWAN DISANGKA PAKAI SUSUK
ORANG NAMPAK CERIA DISANGKA MEMBELA
~~~~~
MANA TAU YANG DIAM ITU KERANA
BERZIKIR KEPADA ALLAH
MANA TAHU YANG SENYUM ITU KERANA BERSEDEKAH
MANA TAHU YANG MASAM ITU
KERANA MENGENANGKAN DOSA
~~~~~
MANA TAHU YANG MENAWAN ITU KERANA
BERSIH HATI DAN MINDANYA
MANA TAHU YANG CERIA ITU KERANA CERGAS CERDASNYA
~~~~~
JAUHI SIKAP SUKA BERSANGKA SANGKA
KERANA IA BAKAL MEMUSNAHKAN UKHWAH
SEPERTI MUSNAHNYA KAYU DIMAKAN API
SATU BENDA YANG KITA LIHAT,
MACAM MACAM KESIMPULAN
YANG BOLEH KITA BUAT, SEMUANYA BERGANTUNG
BAGAIMANA KITA MELIHATNYA.
“TEGAKKAN ISLAM DALAM DIRI KAMU……NESCAYA
ISLAM AKAN TERTEGAK DIATAS BUMI KAMU”
~~~~~
- IMAN AS-SYAHID HASSAN AL- BANNA.

Thursday 18 July 2013

Dalam Cerdik, Ada Bodohnya Manusia

*ASSALAMUALAIKUM, tak jawab dosa, kalau jawab SAAAYAANGGGG...*


terbaca artikel ni, dan tersuka..heee.. so, nak share dgn uolls^^


Aku pelik dengan sikap manusia. Di dalam kecerdikan dan kepandaian mereka pun ada kebodohannya.
 
* Eh, bagaimana tu? Aku tak fahamlah. Engkau selalu cakap yang aneh-aneh. Apa maksudnya yang sebenar, biar senang aku yang memang bodoh ni faham.

- Maksud aku kebodohannya tu tak sepatutnya ada. Bahkan sangat ketara pulak.

* Eh…. Aku lagi tak faham.]

- Begini… selalunya manusia kagum dengan keindahan alam semulajadi yang diciptakan. Tapi malangnya Pencipta ciptaan itu sikit pun tak dikaguminya. Bukankah aneh… hasil ciptaan sangat dikagumi, tapi Penciptanya langsung tak diambil peduli.



* Agaknya sebab manusia hanya nampak yang lahir saja .

- Seumpama manusia yang kagum dengan kereta, tapi tak mengkagumi perekanya, maka begitulah kebanyakan manusia ini. Mereka terpesona dan mabuk dengan ciptaan Tuhan, tapi tak pula terpesona dan mabuk dengan Tuhan.

* Kalau semua orang mabuk dengan Tuhan, nanti semua orang tak pergi kerja. Asyik dengan tasbih dan sejadah sahaja.

- Tidak. Terbukti, orang yang mabuk dengan Tuhanlah yang berjaya mentadbir dunia,seperti zaman Khalifah Islam yang empat,Islam mengembangkan sayapnya hingga berjaya menakluki tiga suku dunia.Yang aku bertambahhairan, pakar-pakar ciptaan Tuhan dianggap ilmuan.

sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/dalam-cerdik-ada-bodohnya-manusia/ 

Tuesday 16 July 2013

majlis buka puasa

*ASSALAMUALAIKUM, tak jawab dosa, kalau jawab SAAAYAANGGGG...*

 Alhamdulillah, minggu ni saya berpeluang berbuka puasa ditempat berbeza selain rumah.

MAJLIS 1

Pada hari sabtu yang lepas, kami sekeluarga berbuka puasa di rumah anak2 yatim Berkat di JB.. tahun ni sedikit berbeza, kami sekeluarga turut bersama-sama tukang masak di situ masak untuk majlis berbuka puasa disana. biasanya kami hanya akan datang sejam sebelum berbuka tanpa menjengah ke dapur.

duduk didapur pada bulan puasa untuk menyediakan makanan untuk 130++ orang adalah sangat MELELAHKAN uolllsss.. sangat #RESPECT pada mak cik2 tukang masak di situ yang memasak untuk anak2 di situ SETIAP HARI ok! unless, ada orang yang menyumbangkan juadah berbuka puasa yang sedia dimasak. nak masak sahur lagi! hanya 3 kudrat wanita yang sebaya mak saya yang ada didapur. SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA KEBAIKAN MAKCIK2 TERSEBUT DENGAN KEBAIKAN DIDUNIA & AKHIRAT#

p/s: selepas berpengalaman memasak disana, kami sekeluarga bertekad akan turun ke dapur anak2 ini lagi walau tanpa sumbangan wang. mereka lebih memerlukan tenaga saya rasa. INSYAALAAH# kerana sumbangan dari sudut kewangan sudah cukup banyak.. terutamanya di bulan Ramadan ini. #rezeki anak2 yatim ;)

dalam jam 6.30 petang, Alhamdulillah 90% kerja didapur selesai.. kami sekeluarga pun setelah membersihkan diri, menuju ke surau untuk bersama2 membaca tahlil ringkas bersama anak2 disitu. ini adalah #MOMENT yang saya rindui setiap tahun~ sayu sangat berzikir & berdoa bersama mereka~
ye. kali ini saya tewas, ada ir bertakung kat mata..entah hormon apa yang dirembeskan~

Sampai waktu berbuka, selesai menghidangkan makanan untuk adik2 tu, kami pun berbuka bersama-sama mereka^^ best tau! walau tanpa kambing golek, maupun cendol pulut. eh?

p/s: sorry no picture provided, I left phone~

MAJLIS 2

Hah, yang ini baru berlaku malam tadi yang membuat saya mengantuk hingga saya menaip post ini. ye, saya ngantuk~

Semalam bos saya belanja semua staff2 dia dan klien terdekat berbuka puasa di Bluewave Hotel, Jb.. frankly speaking, this is my 1st time berbuka di hotel. makan kat hotel hari2 biasa pernah la kan.. berbuka, 1st time..and, honestly, i dont like it! tapi sekadar memenuhi jemputan bos yang beria2 mahu semua staff beliau ada, maka saya pergi la juga.. and, insyaAllah, i will never did it again WILLINGLY (ada exception ye, kalau jemputan{itupun kalau jemputan tu bersungguh2,kalau tak, taknak la~})

makan kat hotel ni sebut apa yang tak ada kan. tapi tak tahu mengapa, hati saya tidak se'happy' sewaktu berbuka pada sabtu lepas~ i feel so teruk juga, sebab ketidakselesaan saya obvious :( *oh, taknak ingat*

saya tak menyalahkan sesiapa yang menganjurkan majlis berbuka di hotel. saya tahu mereka terpaksa, atas urusan bisnes dan lain2. saya juga yakin, mereka tidak mengabaikan orang2 yang susah dan anak2 yatim. bukti, bos saya sendiri~

BUTTTTT.... sepanjang saya mengais2 makanan saya, saya terfikir, berapa la bayaran untuk buffet semewah ini. agak2 duit tu, kalau buat majlis berbuka puasa untuk anak2 yatim, bleh makan seratus orang rather than 30++ disini~

sorry, I can not stop myself from thinking about it~

p/s: oh, juga tiada lampiran gambar. tidak berminat.

sekadar meluah perasaan~ salam ikhsan. x0x0

Saturday 6 July 2013

ayat sentap!

*ASSALAMUALAIKUM, tak jawab dosa, kalau jawab SAAAYAANGGGG...*

saya nak sambung share ayat sentap dalam juzu' amma yang saya tengah baca sekarang... =)
selamat sentap jugak!

AL-INFITAAR


Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -
(Al-Infitaar 82:6)


Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
(Al-Infitaar 82:7


Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.
(Al-Infitaar 82:8)


Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.
(Al-Infitaar 82:9)  
-
-
-
-
-
--
-
--


(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana Sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
(Al-Infitaar 82:13)


Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.
(Al-Infitaar 82:14) 

-
-
-
-
--
-
-


Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
(Al-Infitaar 82:17


Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
(Al-Infitaar 82:18)


(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.
(Al-Infitaar 82:19)  


Al-Mutaffifiin



Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat
(Al-Mutaffifiin 83:22) |

Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ).
(Al-Mutaffifiin 83:23)

-

-

-

Meterainya kasturi; - dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan; 
(Al-Mutaffifiin 83:26)
 

 

 INSYIQAQ

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
(Al-Insyiqaaq 84:6)

 Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -
(Al-Insyiqaaq 84:7)

Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
(Al-Insyiqaaq 84:8)

 Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
(Al-Insyiqaaq 84:9)
 

-

-

-

-

-

Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.
(Al-Insyiqaaq 84:25)

 

--------> ohhoi, tak nak keee? come on cik anggun! let's go for it! Ramadhan juz around the corner, lubuk pahala dah nak tiba! siap siaga!  

 

 

Friday 5 July 2013

sebulan pertama

*ASSALAMUALAIKUM, tak jawab dosa, kalau jawab SAAAYAANGGGG...*

pejam.celik.celik.celik.pejammmmm. eh?sebulan dah praktikal.TAHNIAHHH to myself!!!*masukkan effect bunga api sendiri*

*yeayyyyy*


----> malas2 nak bangun pagi, segan2 nak berhadapan dengan orang, blur2 nak buat kerja, tapi ALHAMDULILLAH, sebulan dah berlalu...

serious tak sangka da sebulan beb praktikal. banyak kali jugak check dekat log book lepas my bos tanya semalam..hihi..sendiri tak ingat. bos yang tanya.. nak bagi elaun katanya..hihiii..

bos: "syeera, awak masuk hr tu bpe hr bulan?"
me: "errrrr... entah. jap saya check log book ni.." *selak2 log book* "oh, 10/6 bos.." *ye, takkan lupa, 9/6 kan usul fiqh kott cik anggun*
bos: "haaa, sebulan da la kan?"
me: "oh, a'ah..heeee.."
bos: "i'll give you allowance.............................." *sambil seluk2 beg keluarkan duit*
*berbunganya hati waktu tu... YES, WEEKEND NI SHOPPINGGG!*
*sekali bos keluar bagi duit kat ofis boy, elaun dia~*
*dah 5.30! balikkk! balik lagi penting dari duit.hoyeah!*

-----> nampaknya next week la baru dapat elaun nya, hari ni bos tak de, pergi KL, tengok anak.
setiap jumaat, or at least 2 minggu sekali hari jumaat my bos akan pergi KL lawat anak dia. dan kenapa hari jumaat? sebab nak bawak anak dia pergi solat jumaat! kalau tak, anak dia selalu tak nak pergi, walau dengan atok dia..*budak2~* hebatkan tarbiyah beliau? *sila takjub! saya sudah...hiiiii* *bukan takjub dengan beliau ke KL setiap minggu tapi kerana tujuannya!*



oh, btw, pasal elaun tu tak pe je..tak perlukan sangat pun~ ye la, makan minum di rumah, duit minyak ayah-abang sponsor, bukannya ada nak bayar sewa ke apa.. ni kelebihan buat dekat rumah la kannn...hiii*
perlunya untuk bershopping je ni..hekkk~ *rambang mata dah tengok baju,kasut,beg,tudung!!* *tak sampai hati nak meminta2 pada abah, dah banyak sangatttt da perbelanjaan setakat ni~hikk* CONSIDERATE! *baikkan??*

sebenarnya segan juga nak amik elaun yang bakal diberi~ apa sangat la kerja yang aku buatkan! seolah dibayar semata-mata untuk bangun pagi saja...hekkk

*tak pe lah, shopping tu boleh ditangguhkan lagi...hikk*


SEBULAN BERPRAKTIKAL

So far, perjalanan praktikal ni baik2 saja~
bila fikir2 balik, memang rasa kejap pun masa berlalu..
walau hari2 menanti jarum 5.30 ptg, tapi itulah....huhhh..

sebulan ini, banyak membantu ku lebih jelas dengan apa yang akan aku lakukan selepas grad nnt..
ye, semakin JELAS, tapi belum PASTI... susah sebenarnya untuk benar2 pasti, lagi2 diriku ini seorang wanita. cehhh..

hari ni kan, ofis i buat trip ke KL & Genting Highland! sponsored kot~ tapi saya memilih menghabiskan hujung minggu saya dirumah.bersama keluarga. mengapa? jangan tanya~

2 more months to go! wish me luck! semoga Allah redha~


Thursday 4 July 2013

juzu' 30

*ASSALAMUALAIKUM, tak jawab dosa, kalau jawab SAAAYAANGGGG...*

Alhamdulillah, tilawah harian ku sudah masuk juzu' 30 (juzu' amma) :)
*bukan untuk riya' sekadar berkongsi, tak salah berlumba2 buat kebaikan kan? ;) *

semoga sempat khatam sebelum ramadhan, jadi boleh mula semula ramadhan nanti :)
kalau dapat khatam lagi dalam ramadhan nnt pun seronok juga!
tapi tak nak la terkejar2 nak khatam sampai tak jaga tajweed, tak tadabbur maknanya pulak!
takut sia2 pulak...

Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Quran kerana hendak cepat-cepat (menguasai)nya. (QS. Al-Qiyamah:16)

Ketenangan itu datangnya dari Allah ‘Azza wa Jalla dan ketergesa-gesaan itu datangnya dari setan. (HR. Abu Ya’la)

oh, btw, post ni sebenarnya nak share  ayat2 yang sentap di juzu' 30 ni...
kalau perasan, *ofkos uolls perasan, da banyak kali khatam dengan tadabbur kan...*, juzu' 30 ni banyak peringatan2 tentang hari qiyamat, nikmat syurga, azab neraka...

sedikit info tentang juzu' amma ni:

Juz ‘Amma merupakan juz dengan jumlah surat terbanyak.
Di dalamnya terdapat 37 surat. Dimulai dengan surat an-Naba’ dan di-akhiri dengan surat an-Naas.

Sebagian besar dari surat-surat tersebut, yaitu sebanyak 34 surat, merupakan surat Makkiyyah, yaitu surat yang turun sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah.

Sedang tiga surat selebihnya, yakni al-Bayyinah, az-Zalzalah dan an-Nashr merupakan surat Madaniyyah, yaitu surat yang turun setelah Rasulullah Sholallahu Alaihi Wassalam  hijrah ke Madinah.

Ciri khas surat-surat Makkiyyah di antaranya adalah, ayatnya pendek-pendek, susunan kalimatnya sangat indah dan menyentuh,bersastra tinggi dan penuh dengan argumen kuat tak terbantahkan yang meruntuhkan paradigma dan keyakinan kaum musyrikin.

Sebahagian besar bahasannya mengingatkan manusia akan kekuasaan Allah Ta’ala di alam semesta, kehidupan akhirat, perjumpaan dengan Allah dan hari Pembalasan. Semua itu tertuang dalam ayat-ayat pendek, dengan bahasa yang begitu indah dan sangat menyentuh.


------> disini saya nak share ayat2 yang setakat saya dah baca dan dah pun buat saya nanges!

ANNAZI'AAT

A034
Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar, -
(An-Naazi'aat 79:34) |

A035
Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, -
(An-Naazi'aat 79:35) |
A036

Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, -

(An-Naazi'aat 79:36)


A037

Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), -

(An-Naazi'aat 79:37)

 

A038

Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -

(An-Naazi'aat 79:38)

 

A039

Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.

(An-Naazi'aat 79:39)

A040

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
(An-Naazi'aat 79:40

 

A041

Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.

(An-Naazi'aat 79:41)  

 

----------> takutkan Allah---------> yakin dengan pertemuan dengan Allah ------------> tak turut hawa nafsu -------------> SYURGA!

taknak ke?! janji Allah beb...! PASTI!

memang la tak senang! nak masuk SYURGA KOT! 

ANNABA'


(Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu".
(An-Naba' 78:30)

 Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.
(An-Naba' 78:31)

 (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;
(An-Naba' 78:32

Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya;
(An-Naba' 78:33)
 

 
Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman;
(An-Naba' 78:34)


Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta;
(An-Naba' 78:35)




Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya),
(An-Naba' 78:36
)  

-------> indah bukan? rasa terawang2 baca^^

ABASA


Ia memasamkan muka dan berpaling,
('Abasa 80:1)

 Kerana ia didatangi orang buta.
('Abasa 80:2)

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)! -
('Abasa 80:3)
 

 Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.
('Abasa 80:4) |

 Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),
('Abasa 80:5

 Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.
('Abasa 80:6)

Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).
('Abasa 80:7)

 Adapun orang yang segera datang kepadamu,
('Abasa 80:8

Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), -
('Abasa 80:9)

Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.
('Abasa 80:10) |

Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).
('Abasa 80:11)

 Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
('Abasa 80:12)
 
 
 
 

 -------> dalam surah ni, Nabi KEKASIH Allah ditegur.. masyaAllah, saya tersentap!

 kisahnya begini, ketika Nabi saw tengah sibuk menghadapi para pemimpin Quraisy, mengajak mereka kepada Islam, tiba-tiba Ibnu Ummi Maktum, seorang lelaki buta lahi miskin datang meminta diajari ilmu yang telah diajarkan Allah SWT, lalu Rasulullah saw merasa tidak suka akan hal ini, bermuka masam dan berpaling darinya. Kemudian turunlah ayat ini menegur Rasulullah saw dengan teguran yang kuat dan tegas.

 nanges laju2~

 selamat sambung tadabbur cik anggun!

jom, khatamkan lagi, lagi dan lagi!

biar lembut sikit hati awak tu cik anggun~

 

"...Ingatlah, hanya   dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"  ( surah Ar-Ra'd :28)