Friday, 16 August 2013

'SUSAH TAK BELAJAR LAW?'

*ASSALAMUALAIKUM, tak jawab dosa, kalau jawab SAAAYAANGGGG...*

selamat hari rayaaaa! lama tak updatekan? almaklum sajalah busy lain macam sikit bulan ramadan & syawal ni :) Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn baik^^

soalan2 famous musim perayaan

hahhhh, ni diaaaa.. bila raya2 ni banyak berjumpa orang, yang tak pernah2 jumpa pun, terrrjumpa. yang jumpa setahun sekali pun ada. masa2 ni la nak berkenalan, bertanya khabar, update berita2 terkini sesama saudara & sahabat handai kan! PERERAT UKHUWAH <3

sebagai anak remaja ni, biasalahkan, semacam sudah ada set soalan untuk kami2 ni ;)

TAPIkannnn, ada soalan yang saya rasa lain sikit la tahun ni yang saya TERperasan. ce teka?
'bila nak kahwin?' SALAH! itu tak lain mana pun..tu soalan basi sejak 1-2 tahun lepas..

soalan yang saya rasa saya tak pernah dapat sebelum ni adalah, 'SUSAH TAK BELAJAR LAW?'
hahhh..pelikkan? errrr, tak ke? oh, bagi saya pelik sebab.... soalan ini pertama kali saya dapat tahun ni dan bertambah pelik soalan ni saya ditanya berulang kali sepanjang raya ni oleh ORANG YANG BERBEZA! hmmmmm...tak pelik ke?

'SUSAH TAK BELAJAR LAW?'
terpinga2 la saya nak menjawab... sebab memang tak pernah fikir skema jawapannya..hekkk..
mestilah jawab SUSAH kan! hiii... cakap senang, riya' pulak...menipu lagi...wahaha...



mula2 bila di tanya rasa pelik dah. tp bila muhasabah2 balik perbualan & apa yg berlaku sepanjang raya ni, baru tersedar, soalan tahun ni berbentuk lain sedikit...ahaks!

soalan2 lain

btw, ada la soalan2 standard lain yang da ada skema jawapannya.

1. belajar lagi?
- ye :)

2. kat mana?
- UIA :)

3. amik apa?
- LAW :)

4. tahun berapa?
- tiga..

5. berapa tahun lagi?
- 2 tahun lebih.

6. lamanya.....
- ahahhhh... saya buat double degree, civil sayriah, so 5 tahun. insyaAllah :)

ahah! kan da kata...da ada skema~

ditambah utk tahun ni...soalan no.7

7. 'SUSAH TAK BELAJAR LAW?'
- (yg ni tak ada skema) - hiiiii, susah jugak. doakan saya :)

btw, soalan kahwin kurang sikit tahun ni sebab, perhatian orang dialihkan pada my big bro yang insyaAllah, tahun depan ^^ kena tempias2 je,hehe.. syeera sekali la/oh,ingatkan syeera dulu/lepastu syeera pulak la... yang ni mudah sikit, responnya senyum je :)))))) tak payah la jawab soalan bila,siapa,dll ^^ suka2!!

oh,sudah jumaat! hampir 2 minggu bercuti, lupa dah praktikal,ofis,log book,bos dan kerja~
isnin sambung kehidupan sebagai budak praktikal for another 2 weeks! hoyeahhh!

p/s: banyak sangat perkara & orang yang dirindu^^

mesir sedang bergolak~ mereka ditembak & dibunuh disana, kita jangan henti tembakkan doa buat mereka pula!