Wednesday, 26 June 2013

marriage-poligami

*ASSALAMUALAIKUM, tak jawab dosa, kalau jawab SAAAYAANGGGG...*

hyeeee, hari ni saya nak share cerita2 & nasihat my bos yang tak dapat kat mana2 beb! exclusive ni..hekk^^

saya mulakan dengan cerita yang fresh la, yang berlaku hari ni!
tadi ada satu client datang, chinese businessman (baca: uncle). as i cerita pada entry2 sebelum ni, meja i kan dalam bilik my bos. so, TERdengar la perbualan my bos dgn uncle tu...lawak sangat ok! nama je client tapi sembang tak ingat! malu plak dengar 2 lelaki berbual soal kehidupan...wahhaha... mujurlah meja i nii membelakangi mereka, so, mereka x dapat la lihat reaksi ku.. buat la bajet2 busy buat keje dan seriously tak nak dengar sebenarnya! tapi what to do, memang TERdengar...hikkk

mula2 my bos dgn client dia tu berta'aruf...tanyalah bisnes apa semua kan. tiba2 keluarlah cerita ayah uncle tu, taukeh balak beb ayah dia. kaya la nak cerita nya. tapi ceritanya mula menarik bila dia cerita ayah dia poligami, 4 beb isteri dia! masa tu tanpa tak sengaja terbeliak la mata aku. MANA BOLEH POLIGAMI UNTUK NON-MUSLIM kan! *ingat lagi ni bljr family law*hekkk.. lepastu dia pun admit memang tak boleh, tapi buat je la, tapi tak register la...

best tau cerita poligami ayah dia ni! dia kata kalau ikut law kat malaysia ni memang tak boleh la kan, tapi ikut custom mereka boleh je.. dia kata ayah dia ni *dulu2 la* kaya sangat. biasa la lelaki, bila kaya, rumah ada, kereta ada, nak apa lagi untuk 'show-off' kan...PEREMPUAN laaa! *eh, ini pengakuan lelaki2 yang bersembang tu ye!*

tapikan, one thing yang buat saya impressed sangat2, uncle tu cakap, ayah dia yang berpoligami (4orang isteri) tu pun tak bagi anak2 dia poligami! dia kata susahlah, ingat senang ke nak handle perempuan.lagi2 4 orang! haha...*kali ni sekali lagi aku dah tersenyum2* wahaha..uncle tu siap tanya pada my bos, macam mana eh muslim benarkan poligami? tapi dia jawab sendiri, "tapi muslim tak apalah, uolls ada guidance pasal poligami, we all non-muslim tak ada tau"... *kali ni aku terharu pulak! nanges~*

*amboi, bahagia nampak*

---> yang menariknya, my bos pun against poligami! eh? rasa mcm nak menyampuk pun ada. eh, jangan nak salahkan sistem poligami ke apa eh. susah nak handle perempuan la, nak uruskan anak2 yang ramai la...
terang2 Allah dah pesan:

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.(An-Nisaa' 4:3)

hah, tak cukup jelas ke? it's all about ourselves! not the system ok! jangan la buat kalau tak mampu! BUT PLEASE DON'T CONDEMN THE SYSTEM LAAAA!
bukan lelaki atau perempuan. stop blaming la! i myself setuju dengan poligami *my mom pernah terkejut dengan my statement ni tau* wahaha.. but, i cool kan my mom balik dengan, "memang la i agree with poligami, but surely i will not agree if my husband or my dad yang nak poligami" wahaha... *eh2, rilex2, a lots of consideration yang akan dipertimbangkan if NECESSARY! so, no worry..wahaha.. bila perlu, we will sit & minum kat oldtown sambil discuss^^* 

ok2, tak abis lagi sembang my bos dgn his client tu...hikk..
kan tadi uncle tu ada cakap yang ayah dia pesan jangan poligami kan?
ayah dia ada bagi tips siap! hah! MENARIK sangat! selama ni, kita anti-poligami, tapi pernah tak kita cari solusinya?! *sentap* saya rasa malu sangat, sebab saya dengar dari mulut seorang non-muslim!



CARA MENGELAK TER-POLIGAMI

uncle tu cakap, kita orang lelaki ni *kita: dia la & my bos, not me^^* biasanya jadi ter-poligami ni biasanya mula dengan kesian. dengar2 cerita, mula la nak tolong, nak jadi hero *biasa la lelaki kan*, bila dah tolong, follow up siap! apa lagi, TERJATUH CINTA la! mula dengan kesian je kot!

so, tips yang diberi oleh ayah uncle tu adalah: JANGAN DENGAR SANGAT MASALAH PEREMPUAN! hah! kalau nak tolong, tolong je la, bagi duit ke apa, macam jangan nak curious sangat tanya how,what,when,who and wahtsoever tu. bila kita tunjuk yang kita berminat sangat nak tahu masalah dia, tanya2, follow up bagai, itu yang mula jatuh cinta tu! *and again! uncle tu buat i terlopong ok!* i was like......"pergh, betul jugak kan! Islam pun dah ajar, lelaki-perempuan memang tak boleh berbaik2 sangat, mesti ada syaitonnirajim yang menggoda, dan terheret la kelembah maksiat*ni yang teruk la* yang baik sikit, POLIGAMI! huh, sedangkan tak perlu sangat pun nak poligami, anak isteri elok je dirumah. tapi segalanya bermula dengan kasihannnnn...!

*ehem!*

ye la, memang la itu bukan  punca utama atau the only reason of poligamy, tapi bila fikir2 balik, "eh, memang logik la, memang antara punca yang famous la saya rasa!"

my bos pun macam terlopong jugak tau dengar dan macam tersedar... my bos pun macam, "eh ye la, betul jugak... betul la cakap your dad..."(baca dengan nada teruja) *ye la, my bos ni pun memang baik hati suka tolong2 orang..hekkk...mungkin dia pun tersedar, dan sangat perlu lebih berhati2 lepas ni ;) ye bos!*


hah, menarikkan! tak tau la uolls rasa menarik tak. tapi tak tau la kenapa i ni rasa teruja sangat bila dengan perbualan mereka ni... mungkin sebab keluar dari mulut non-muslim kot! dan saya rasa logik sangat dengan ajaran Islam tips tu! ^^

huh, ni part of sembang2 2 lelaki hebat laaa...respect laaa... tapi malu la dengar lelaki sembang,,errr..

ok, cerita lain...tajuk entry ni kan, marriage-poligami. ni baru cerita poligami, MARRIAGE belum lagi^^ wahahhaa...



ok, pasal marriage ni conversation between my bos and me laaa.. as i said before, my bos ni very kind-hearted person tau! banyak sangat tips2 yg dia bagi. selain tips2 untuk menjadi peguam yang berjaya dan untuk sustain sebagai practicing lawyer, my bos jugak banyak beri tips pasal dunia rumahtangga dan tips2 memilih suami! wah! kursus kahwin FREE beb! 

ye la, sebagai practicing lawyer for almost 20 years mestilah banyak pengalaman dia kan! 

my bos always remind me, to choose a good husband! wahaha...*malu i uolls, tapi ye la, saya dengan muka matang mengangguk2..wahaha...anggap la tu pesanan dari seorang ayah..*

dia selalu cakap, 'syeera, u at ur age sekarangkan kalau pilih pasangan lebih selamat. u tak ada banyak pengaruh lagi. kalau u dah keje, banyak perkara yang akan influence u dalam membuat pilihan. kereta, gaji, rumah. kalau sekarang, u will only look at his character je. please don't go for handsome & rich guy la. tu semua boleh develope tau syeera. tp once u tak ada good character, forever la u will last with that bad character guy.' *fuh, berpeluh iolls*

tu baru tips memilih beb. ada tips nak sustain marriage pulak..wah2! *kan da cakap, kursus kahwin free beb!* 'syeera, seriously ea, marriage life is not easy. lagi2 kt yang practicing ni tau. ye la, balik stress. kalah kes ke. client buat perangai ke. kena saman ke. mcm2 la. bila balik stress. kalau tak pandai kawal mood eh, memang worst tau. memang kena banyak bersabar. most important things is COMMUNICATION..'*saya pun mengangguk2 laju, biasa dengar ni. nampak sangat pentingnya  communication ni* ' u better jangan ada any secret between ur spouse tau. kalau u tak pandai math, exam dapat F, terus terang bg tahu, jangan nak belagak tahu..' 

;)


*tu example je la, banyak kot contoh2 & nasihat yang diberi, tak tertulis, insyaAllah, terpakai di masa depan.!*

thank you la bos! macam ni, u tak bagi i elaun pun tak apa la...wahhhh...*ok, tipu! semoga my bos tak baca ni!* saya nak elaun untuk shopping! hikkk^^

till then, x0x0 <3

Sunday, 23 June 2013

all about ANGGUN!

*ASSALAMUALAIKUM, tak jawab dosa, kalau jawab SAAAYAANGGGG...*

ingat lagi tak my previous post pasal ke'obsesi'an pada nama ANGGUN ?
hehe.. hari ni saya nak share koleksi2 buku ANGGUN saya..hehe...

tak banyak, tapi ada laaa jugak... insyaAllah akan ditambah dari masa ke semasa^^

my first collection^^

eh? mana Anggunnya?

nah! zoom...ke ANGGUNanMU ya Rasulullah^^

eh? untuk Rasulullah pun boleh guna ANGGUN tau! LIKE!

buku ni pemberian kak sakinah budiman^^ thanks akk <3

p/s: berangan2 mahukan rak buku yang besarrrr...  


 walaupun rak mcm ni cantik....tapi...


tapiiii, saya prefer yang ini...ada pintu...jadi buku2 saya tidak berhabuk!
 

 abah cakap ada rezeki nanti abah nak buatkan rak buku jati^^ biar tak dimakan anai2~
tapi, tu lah, bila la tu kan..hekkk..

s0, sempena malam Nisfu Syaaban ni, antara doanya abah dimurahkan rezeki^^

Thursday, 20 June 2013

Nasihat

*ASSALAMUALAIKUM, tak jawab dosa, kalau jawab SAAAYAANGGGG...*

Hyeeeeeeeeee....minggu ni tak sempat pun nak update hari2... baru seminggu dah tak istiqamah cik anggun ni! *eh, org anggun mmg busy selalu...! opsss wahaha...*
no la, tak update sebab 1) my bro guna lappy i  2)  penat (since i start practical, till last night and most probably tonight, EVERY night pukul 10++ da ngantuk yg mmg dahsyat! kadang2 fikir jugak, aku ni mcm kerja kontraktor plak! penat bukan main... padahal duduk kat ofis & buat kerja yang tak seberapa!)

*haha*


this feeling really made my really appreciate my father hardwork all this while and as a businessman, no such 8 a.m -5 p.m office hours tau. waktu kerja yang tak menentu and surelyyyyyyyyyy sangat penat! and, the most menakjubkan is, he managed to stay up until 12-1p.m  everyday tgk tv dgn anak2, luangkan masa with us tanpa muka penat or serabut! andddd on weekend boleh bawak kami jalan2, shopping, etc.! saya skrg ni pun tunggu weekend je nak duduk rumah puas2, kalau boleh tak mau keluar! walau banyak sangat barang nak kena shopping ni...hehe..oh abah, i tabik SPRINGGGGG la kat abah!
*eh, sedikit tersasar dari tajuk intro ni sebenarnya*

*ni aktiviti org yg kononnya penat sangat*


i summarise kan je la cerita praktikal for this week :)

actually nak cerita, i excited sgt2 hari ni bos bawak pergi court! yeayyyyyyyy... kenapa jakun sgt ni? oh, bukan jakun ye beb! actually tak tahan dudukkkkk je kat ofis tengok file, buat surat saman, surat tuntutan, dgr cerita bos..eh? tak2, bukan cerita bos tak best, cumanya, tu la....heeeeeee...*nnt i share cerita2 best my bos k!* serious best ;)

this is not my first time pergi court *for sure la kan, bdk law kot* haha...
cumanya, hari ni pergi dgn bos^^ adalah org nak terangkan apa2 yg patut :)
lawyer2 kat situ pun stared at me atas bawah. nampak sgt freshie kot! haha... suka tengok gelagat lawyer2 ni, mcm2... ramai juga yg muda2 ;)

*legally blonde..heh..no pink in court ok!*


sambil2 tunggu turn my bos present kes dia, sempat la my bos terangkan procedure2 kat court and so on. ala2 court tour gitu laaa...hiiii...

bila sampai turn my bos present kes dia, dia pun ajak i masuk...yeayyyy.. ni kes cerai non-muslim, so present dpn pendaftar je.. simple je... tp present sama je mcm kat court biasa, cuma kat bilik kecil and lebih efisyen la i thought!

so, bila ikut my bos masuk, pendaftar(kalau tak salah panggil pendaftar, tp peranan dia sama mcm judge sebab dia yang batalkan perkahwinan tu) tu pun mintak my bos kenalkan diri & klien dia. lepas tu tiba2 dia tanya saya "girl, what's ur name?'

saya pun dgn yakin"syaheera puan"
"so, u student mana?"
"UIA puan"
*cuak kot sebab dia nampak garang* mana tau? melalui cara dia la...
sambil dia ckp2 dgn saya tangan dia ligat bekerja...*cuak kot kena soal2* dalam hati kenapa dia soal2 aku, bukan aku yang nak cerai weyhhhh...segan plak dgn klien.

lepas tu, dia back to my bos. soal2 mcm2, mintak dokumen2 berkenaan. dannn kebetulan ada dokumen yg tak lengkap! dapat la tengok muka cuak bos! wahaha... tau tak judge tu cakap apa, ^&*()**(*censored*! i was likeeeee....... *takutnyaaaaaa.... mmg mcm ni ke?! baik my bos penah cerita perangai2 judge before this. so, i pun dapat la hadapi realiti dunia guaman ni hari ni!* dorang ni saja je sebenarnya, tunjuk garang, biar next time tak ulang lagi...

lepas tu judge tu pun cari2 dokumen kat komputer dia. sekarang senang, semua dokumen ada kat e-filing. so tak payah nak marah sangat la kan... seriously, walau muka my bos cuak, tapi dia tu COOL gila la...respect beb... *kalau sy da nangis kat situ agaknya* judge tu soal2 dia pun jwb2, terang2 sikit... judge tu pun dengar je.

sambil2 dia sempat lagi back TO ME! *ok, cuak balik! suka sangat tengok muka bos cuak kannnn!*

'erm, syaheera kan ur name tadi?'
'ye, puan'
'dari mana tadi?'
'uia puan'
'oh, so no now u chambering di firm tuan ***** la ye?
'eh, tak2 puan, saya praktikal je'
'oh, so now u in ur....?'
'3rd year puan'
'oh, so next semester u akan ambil professional practice ye?'
'ye puan.'
'dah belajar la kan family law for muslim & non-muslim'
'dah puan'
'tau la kan bezanya'
*masa ni i memang rasa MATI la aku!!! mcm mana kalau dia test aku apa2 prosedur, akta, dll???*
saya rasa bumi berputar dengan sangat laju pada masa tu...wahaha.. drama!
rupanya dia nak make sure i tau bezanya je...waaaaaa...baiknya judge tu!

lepas tu dia pun cakap, 'dah u ada disini, so this is my moral obligation la ye nak give u some idea about this work & practice'
*uwaaaaaaa, terharunya.......judge kot! nak pulak dia bagi nasihat kat budak hingusan like me! tengah handle kes plak tu...and again, malu kot dgn bos dgn klien, kena dengar sekali..haha*

judge tu cakap, 'u nak practice ni memang kena work hard. especially woman like us. u tengok la all top ranking judge semua lelaki. this world is like manworkworld. kalau perempuan memang kena struggle.. u have to struggle even dari zaman u belajar.'

'first 5 years of practice memang very hard. u mmg kena tahan. ramai kwn2 i yg tak tahan on 1st 5 years tu... apa pun u kena dapatkan good result, somehow, good result akan effect juga zaman kerja u. make sure u takde hutang utk dibayar masa kerja nanti utk pastikan u kurang beban masa kerja nanti.'

banyak lagi pesanan beliau, tak boleh ingat semua. insyaAllah, ingat dalam hati...heh!

ohhhhh, cair gila hati dapat nasihat macam tu. rupanya, my 1st impression pada beliau, totatlly OUT!
haha.. pengajaran: jangan judge JUDGE by 1st impression..eh?


so sweeeeeet kan? lepas bagi pesanan kat i beliau pun back to the case, and trus grant decree nisi pada kes my bos...heh? baik hati betul... walau ada dokumen tak lengkap. kan da cakap, marah tadi awal2 tu buat cuak je. orang nak cerai, dia bagi je la kan... ye la, kes non-muslim ni tak sama macam muslim. lebih senang proses cerainya. ramai je kot pasangan2 muda yang datang failkan cerai tadi. baik je datang sama2, tapi nak fail cerai. tak faham..haha...

eh, nak makan. bye. x0x0

Monday, 17 June 2013

Anggun?

*ASSALAMUALAIKUM, tak jawab dosa, kalau jawab SAAAYAANGGGG...*

hari ni saya nak share kenapa saya suka guna nama syeera ANGGUN..
mana datang ANGGUN tu? ye2, jgn risau mmg xde dlm i/c pun uollsss...

nama tu start since 2008, zaman2 berfacebook lepas SPM...kan lama xde keje, b4 masuk UIA...
hah, masa tu la! fikir2 nama fb yg best2.. kebetulan masa tu zaman Anggun Cipta Sasmi famous..

ada satu lagu anggun ni yang i minat.. tak ingat la tajuk dia... zaman2 budak baru nak naik masa tu..haha.. saya rasa dia cantik, suara sedap semua2 la... pastu nama dia pun sedap kan.. saya rasa nama ANGGUN tu c00l la, klasik!

pada yang tak tau dia yang mana, ni hah gambarnya!

*alaaa, yg iklan pantene tu~*

hah, dia la inspirasi nama ANGGUN tu,, 
so, disebabkan sukaaa sgt dgn nama tu, saya pun gunalah nama fb saya PADA MASA ITU(2008-2009), CITRA SYEERA ANGGUN.. ahaks... saya sukaaaa sgt2 nama tu..
lama juga bertahan nama tu, smpai la masuk CFS uia...

bila masuk uia, siap ada org lebih ingat nama ANGGUN tu dari nama betul saya...adeh...
jadi bila jadi adegan2 begitu malu la plak~ saya pun tukarrrr la nama fb saya ke nama sebenar.. banyak faktor lain sebenarnya, dari peristiwa tu juga saya sedar, nama yg kita bawa sangat memberi impak pada seseorang... fb pun adalah suatu wadah penjenamaan diri juga.. dan ia terbukti!

makanya, setelah sertai usrah dan program2 tarbiyah di uia, saya pun menukar laaa nama saya tu! *ceh macam dosa plak kn* kiki... TAK2, tak dosa, cumanya, semakin matang...

namun, walau saya tukar nama fb, nama ANGGUN tu sudah sebati dalam diri saya & orang sekeliling, makanya, hingga kini, ia kekal menjadi nickname/trademark/penjenamaan saya...heee
terutamanya, dikalangan adik2 program, mereka akn ingat saya sebagai kak syeera anggun/kak anggun ^^

itu je ceritanya... makanya, kepada yang merasakan PERASAN gila minah ni, GEDIKnya, BAJET betul la, dll... who cares?

*wahaha...! gelak kejam*

so, saya bahagia dengan nama ANGGUN, dan saya akan gunakannya bila perlu ^^
jangan risau, SUNGGUH, saya tak pernah rasa saya ANGGUN  bilamana saya menggunakan nama itu... SUNGGUH! *takpelah, ALLAH sentiasa tahu apa dihati saya, niat saya. saya tak perlu memuaskan hati sesiapa* chill^^ jadi, TAK PERLU risaukan riak dihati saya, saya ada ALLAH jaga, jaga hasad dihati anda saja ye ;) ye, saya akan hati saya juga... insyaALLAH <3

oh2, ini sekadar penceritaan sejarah nama ANGGUN saya... for those yang interested la, for those yang tidak, TAHNIAH!!!!! anda baru saja habis baca entry ini, this shows that you really interested in ME!!!! *masukkan impact bunga api sendiri ye!* kidding2, kalau suka anda pun bleh guna nama ANGGUN tu ye, saya tak marah... boleh je guna walau anda rasa 'aku tak ANGGUN pun' :( takpe, sebenarnya saya isteri dia  *tak2*saya pun tak ANGGUN jugakkk! weeee^^

p/s: berangan-angan, salah sorang bakal princess saya nnt mau digelar ANGGUN.. *oh, confession...! malu* tapi akan disyurakan dulu, kalau tak setuju TAKPE pun tau! saya ada nama lain yg lebih best, hah, yang tu RAHSIA ^^



Saturday, 15 June 2013

HAPPY FATHER'S DAY

*betulkan..?*
*ASSALAMUALAIKUM, tak jawab dosa, kalau jawab SAAAYAANGGGG...*
 HAPPY FATHER'S DAY ABAH!!!
p/s: kejap lagi syaheera buat kan kek fevret abah ok!

*ameen*

*daddy's girl? yes, I AM! ;)*

it's WeEk-eNd

*ASSALAMUALAIKUM, tak jawab dosa, kalau jawab SAAAYAANGGGG...*

Alhamdulillah! it's weekend!!!

memandangkan hutang tidur banyaakkk sangat tak berbayar, so apa lagi, weekend ni mmg la dinanti2 kan... tapi takde la tidur sgt, terbangun awal jgk! maklum la, body clock tak balance lg...wuuu

so, apa lagi barang2 i yg penuh 1 kereta hr tu pun tak kemas lagi, meronta2 minta dikemas, so berkemas, mencuci dll...siap kemas brg, kemas2 rumah, kemas bilik, cuci baju dll.... rasa mcm rajin (read: sihat) sgt..weee^^

siap semua, apa lagi, balas dendam mem'baking' laaaa!mcm2 in the list nak buat, tapi memandangkan sakit pinggang mengemas tak habis lagi, so mula dgn kek batik je la dulu ^^

*taraaa*

esok kena baking kek betul2 sebab kena bawak pergi kenduri rumah atok sedara dann ofkos la for my lovely abah 4 father's dayyyy... hoyeahhh!

dannn the most best thing of the day adalah dapat main dengan BABY darwisy! akhirnya dpt jgk jumpa dia, setelah 4 bulan dilahirkan :( sebab masa dia lahir, aqiqah semua saya kat UIA...

jumpa2, da demok diaaaa... comel angat2...

*geram kan! npe awk comel sgt hah?*
 
baby ni lasak sgt, tengok body la kan... bagi makan apa je dia masuk ok! paling suka apa lagi, ofkos la kek batik aunty dia niiii~ tak nak lepas tangan ok! bagi kurma, tak nak plak...kecik2 da pandai demand... kurma AJWA tau aunty bagi! siap nasihat2 bagai, 'makan ni, kurma Nabi ni...haha...' bajet dia paham, buat muka taktau je...haha

kak zira ckp mood dia tak baik sgt hari ni, kalau tak gelak2 je keje dia, mesti i lebih geram..haihhh, tak sabar nak jumpa dia time good mood! next time, hensem2, good mood datang lagi tau!!
oh, btw, baby ni anak cousin i, that's why la i jadi aunty > <"

p/s: tunggu anak sedara betul2 entah bila kannnn...eh?

dan, ini adalah my dinner for tonight!

*nyum2*

Friday, 14 June 2013

5th day praktikal

*ASSALAMUALAIKUM, tak jawab dosa, kalau jawab SAAAYAANGGGG...*

Hari ni bos TAK MASUK!!!
dannnn, saya TAK DE KERJA!
uwaaaaaa....bosan kot... nak keluar mintak kerja takut, SEMUA org busy kot!

*RM 300 beb harga buku ni...pegang pun takut2..ahaks*


















makanya, saya dedikasikan hidup saya membaca buku ni hari ni... semoga menjadi bekalan hadapi Professional Practice nnt^^

dan masa berlalu dengan sangatttt perlahan,,,,as usual!

till then, x0x0

Thursday, 13 June 2013

praktikal day 4


*ASSALAMUALAIKUM, tak jawab dosa, kalau jawab SAAAYAANGGGG...*




*tak sabarnyaaaa*

Alhamdulillah, my 4th day berjalan dengan jaya nya...haha.. tak buat apa sgt~


Masuk2 ofis hari ni bos bagi salam, duduk dan bos tanya syeera puasa sunat hari ni?
Uolls ada?
~bertuahnya dapat bos mcm ni^^ ~

ahaks! *kebetulan puasa hari ni, kalau tak sogan den nak menjawob aih!*


pagi ni siap2kan kerja semalam, check2 balik, lepas tu bg bos.

da siap, mintak kerja lain, lama bos fikir nk bg apa...haha..last2 bg buku suruh baca... civil procedure.. dia ckp susah sikit, nak bg kerja susah2 awak tak belajar lagi... *adeh* CONSIDERATE sgt2 ok bos i ni!

lepas baca2, nampak muka tak faham kot, bos datang cakap, 'syeera, kalau u nak tau apa2 tanya je  i tau... i pun tak tau nak ajar sgt..sambil2 la, i ajar, apa yg teringat ye..' senyum je laaaa...
*aku pun tak tau nak tanya apa ni weyhhhh* this world is totally ALIEN to me laaaa.... banyak sgt kena belajar... practice totally different dengan teori yg bljr kat uia tau...!

masa ikut kak nurul jumpa klien, dengar dia jawab soalan2 bg nasihat semua, i was like, 'mana mak cik ni tau semua ni weyhhhh? npe aku mcm tak penah belajar?' ok, keep calm and DIGEST!


petang macam kena buli2 sikit dgn kak nurul, dia suruh buat courier... dia bagi dokumen letak atas meja pastu suruh courier! pastu dia pergi jeeee... i was like? courierrrr? macam mana? nak kena pergi pos ofis ke? bos tengok geleng kepala je...HAHA.. bos pun nmpk bdk blur ni terpinga2, dia panggilkan kak nani, staff situ tlg i...fuhhh... see, how sweet my bos! ^^

lepastu bos pun bg dokumen lain utk courier...yeaayayyy, da tau! suka2! thanks kak nurul buli2 manja adik u ni! i ni pun kalau tak kena gasak buli2 manja mcm tu, mmg slow je la kan!

senang rupanya, semua da ada, masuk2 kn, tulis alamat. SIAP!

lepas siap tu, kak nurul datang lagi! bg fail utk buat N.O.D plak... kali ni lebih tenang sbb bos da suruh buat smlm...^^ Alhamdulillah, settle...

da pukul 5, bos ajak sembang...xde la sembang sgt, dia cerita kes2 yang penah dia handle...since 1994 kot practice! gila banyak pengalaman! 



hari ni je dua kes dia cerita~ siap tak habis, my abang da 4 miscall kat bawah, tunggu i tak amik.. bos pun tengok i da tak tenang, baik phm! ahaks! dia jengah kat tingkap, tengok, hah, ayah da sampai tu... ok balik dulu, esok sambung ea!

oh, bos ada tanya juga apa pndgn i dgn legal world ni so far... i pun bg la my 2 cents opinion...haha... agak hard la bos...terusssss keluar la tips2 mahal dari beliau tau!

btw, esok bos nak pergi singapore, boleh kak nurul suruh bawak i...uwaaaa, tak nak la berdua je dgn bos! i budak UIA kot kak nurul! *ok, xde kaitan...lalala*

salam, x0x0..

p/s: tengah tonton musabaqah, boleh plak abah cakap, 'syaheera, masuk la bertanding musabaqah tu'
againnnn i was like...abahhhhhhhh!

 

Wednesday, 12 June 2013

don't be judgemental...

If one night you see someone committing a sin, tomorrow don't look at him as a sinner, he may have repented during the night and you didn't know!
- Imam Ali -



JUDGE-MENTAL = SAKIT MENTAL :P

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.
(Surah al-Hujurat: 13).

 *paham??*

*haha...ini mmg kerja dia laaa*
 
*sweet reminder for myself!*
 

tagline




*ASSALAMUALAIKUM, tak jawab dosa, kalau jawab SAAAYAANGGGG...*

for those yg tak faham my tagline di atas bleh tonton ini ye..

http://www.youtube.com/watch?v=nbEcPH68CTc

happy watching^^

*hah, apa lagiiii...ASSALAMUALAIKUM*


p/s: tiru2 jeppp... comel laaa...story behind pun comel^^
video lama kot ni, cumanya masa exam weeks hari tu, stress2 tengok balik video maria elena, andddd... ter'fall in love' plak~



copyright:kak maria elena

praktikal day 3

ASSALAMUALAIKUM, tak jawab dosa, kalau jawab SAAAYAANGGGG...


holla, Alhamdulillah selamat pada hari ke 3...everything berjalan dgn lancar.. HOPEFULLY... kerja semua siap, tapi tak tau la betul tak.. da siapkan surat saman, sambung yg semalam. suruh bos check, tp dia suruh masukkn dlm pendrive dia, dia nak print...adeh,,,, *saya pun mcm..errr...jgn la print dulu... kalau salah mcm mne???* cakap la kat bos, me:" tak nak check dlu ke?" bos: "oh, xpe2, sy suka print dlu, then i'll check"... me:"oh, ok.."..............

lepas tu before bos keluar jumpa klien, dia bg next assignment. buat notice of demand...mintak hutang wooooo.. yang ni lebih senang*kot* i've managed to settle 3 diff N.O.D for 3 different company within hours mcm tu...lepas tu buat apa? melangok... nak mintak keje, bos tak de...belek2 la file2 smlm & hr ni... AND..... baru perasan ada mistake dekat surat saman yg dah bagi dekat bos td...
 i was like....*malunya* CARELESS mistake kot!

tengah fikir2 macam mana nak cakap kat bos esok, SURELY dia tak kisah...tapi what to do... nak MALU jugak!


If you never get it wrong, you never know what is right. Take the risk, take the chance. Only then you're able to seize success!

oh, btw, hr ni tak banyak conversation dgn bos, sbb before lunch dia da keluar and smpai petang tak balik2...wuuuu*lega dia tak ada* *tapi tu la, bila keje da siap, takde org nak sembang, i mean, xde orang nak bagi kerja lagi~

saya rasakan, bila saya di tempatkan dalam bilik bos, macam ada gap jgk la antara saya dgn kakak2 staff yg lain kat luar...tak banyak conversation dgn diorang pun... takut jgk dorg ingat i ni sombong ke apa....tp tu laaaaa... tp akak2 tu baik tau! tiap kali lunch mesti ajak g makan sekali, datang panggil i kat bilik... *i bajet2 la rajin tak perasan da pukul 1, smpai org kena panggil...padahal....LAPAR kottt!* haha... thanks akak!

dengar dorang sembang kat luar meriah je, bak kata bos, dorang ni mmg bising, tp dia tak kisah pun, sebab so far klien tak de komplain lg, maknanya bagus la kan dorang keje ;)


*let's be PRETTY, SMART!*


ok, that's all 4 today...x0x0

notes - fiqh akidah : Dr. Farid Shahran -

fiqh akidah bersama Dr. Farid Shahran @ tv al-hijrah! -mentauhidkan sifat Allah : QUDRAH & IRADAH-

iradah : apabila Allah menentukan sesuatu
qudrah: yang akan merealisasikannya

walaupun secara Sunnahnya, jika makan kita akan kenyang, api akan membakar tapi dengan QUDRAH & IRADAH Allah, Allah boleh saja menjadikan orang yang makan itu tidak kenyang , api yang terkena tidak membakar. contohnya, mukjizat Nabi Ibrahim yang dicampak ke dalam api tetapi tidak terbakar..

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".
[Yaasiin:82]

-----> kedua2 sifat ini bergerak seiring
 
----->tidak seperti manusia, walau mempunyai kehendak, namun terbatas dengan kuasa yang terhad.

kelompok Jabaliyyah yang pesimis menyebabkan org menjadi lemah, kerana mempercayai segalanya sudah ditakdirkan Allah dan tidak berusaha.

! selagi tak berusaha jangan salahkan takdir!

 sebuah kisah dizaman Saidina Umar, seorang lelaki mencuri dan apabila ditanya, dia menyalahkan takdir, 'Bukan kah Allah yang telah mentakdirkan aku mencuri?'

 Saidina Umar menjatuhkan hukuman potong tangan + sebat 30 kali... hukuman potong tangan untuk mencuri dan sebat 30 kali untuk menyalahkan takdir Allah.

adakah had ikhtiar manusia?

kisah seorang lelaki yang meninggalkan unta lalu untanya hilang, Nabi berkata, ikatlah, lalu bertawakal...

Konklusinya.....

1) yakin dengan kekuasaan Allah
2) jangan sekali2 menolak qudrah & iradah Allah (beriman dgn sifat Allah)
3) berusaha dan bertawakkal dgn sedaya upaya
4) bersangka baik dengan Allah, walau kita nampak macam tidak baik, tetapi yakin Allah sudah menetukan yang terbaik.

p/s: rindu zaman kuliah tauhid dengan DR.FARID kat UIA dulu~

Tuesday, 11 June 2013

2nd day praktikal

ASSALAMUALAIKUM, tak jawab dosa, kalau jawab SAAAYAANGGGG...

hari ni my 2nd day, berattttnya nak bangun.. ye la kan, i don't really rehat betul2 lg kn...so, sengal2 lg la otak & badan ni... padahal tidur awal jgk la mlm td...

hari masuk ofis 11 lebih mcm tu, sebab pagi tadi ada appointment dgn my orthodentic, bukan orthopedik ye! hah, sila google bezanya, klau minat la :P

masuk2 ofis, u guys no what? i saw my bos tengah pegang penyapu. NO, bukan utk hambat i masuk lambat ok! i da informed dia awal2, and dia ok je ^^

oh, penyapu tu utk sapu & kemas bilik dia...buat sendiri ok? kemas utk apa? UNTUK SAYA! dia tengah siapkan meja segala bagai for me... ya Allah maluuu sgt! semalam duduk menumpang2 je, pindah sana sini..

heh, apa nak buat dapat bos super duper sweet and caring mcm tu... tak tau la nak offer tolong ke apa... dia pun suruh i duduk bilik kak nurul dulu baca notes smlm, lepas zohor, my meja dah siap! computer provided! uolss ada? haha..

bila dah ada meja, kena la ada keje kan! dapat la 1 file, my bos suruh i study the fail and prepare tuntutan saman... uwaaaaaaaa.... terus rasa nak nangis! tapi syukur la my bos sgt helpful, terang satu persatu.. tapi lepas tu dia left me utk siapkan. and mcm blur balik... ok, tarik nafas, baca BISMILLAH, and study kes tu satu2, rupanya, tak la susah sangat....*tipu* susah ok utk 1st timer like myself!

tapi tak cuba tak tau kan, draft2 je la... tanya2 bos, and Alhamdulillah, tak siap lagi =,=' esok sambung~

*oh, before dpt fail, he teached me how to use online system, e-kehakiman, LCJ online semua..

dah separuh jalan, maybe my bos nmpk i stress sgt kot, dia pun dtg sembang.... dan again banyakkkkk la pengalaman di share... and hari ni toooo private, TAK BOLEH SHARE DISINI...heeeh...

bye, pray for my good 3rd day of praktikal ye tomorrow^^
good luck to me >,<"

*kena lebih banyak bersyukur & tingkatkan kebergantungan padaNya la*

sambungan 1st day praktikal

continued ... ^^

u guys know what? lebih kurang 3 jam 'briefing'  dgn bos, macam2 dia shareeee...!
sepanjang tu, perasaan macam2 okaih! sekejap semangat, sekejap cuak, sekejap *ngantok* hikkk..
cerita reality practicing lawyer hadapi ye... tips & pengalaman yg TAK AKAN dapat 5 tahun duduk kat universiti ye. semua rahsia2 to be a good lawyer di share..

cerita 1 *the most inspritational i thought*

ni kisah seorang judge yang tak sampai hati sangat2 nak bagi hukuman gantung pada tertuduh kes dadah yg dah bertaubat sgt2.. polis2 kat penjara pun admit yg tertuduh tu mmg dah bertaubat
..tapi tu la, kes dadah susah sikit... asal ada possession je, abis laaa...

so, nak dijadikan cerita, ustaz semua nasihat dia la, suruh bertaubat, doa byk2 pada Allah, and, yeah, he really did it... u guys know what? masa dah nak dekat hukuman gantung dia, ada banjir yg agak besar yg berlaku dannnnn, semua bahan bukti dokumen bagai HANYUTTTT! * ni sistem dulu2 la, semua manual, simpankan balai je, forensik semua tak byk sgt.. sooooo, tertuduh YANG DAH BERTAUBAT tadi tu pun terlepas... SUBHANALLAH!

see! ALLAH MAHA BESAR kan... mgkin la, tertuduh adalah mangsa sabotaj atau betul pun dia buat, Allah mmg dah terima taubat dia tau...

cerita ni, really makes me realize tau, mmg tak ada DAYA & KUASA melainkan dgn IZIN ALLAH!
nyawa dah hunjung tali gantung kottt.. so! guys, never EVER hilang harap pada Allah tau! #ini kisah benar beb... what say you?

like my bis cakap, kita orang Islam ni untung, takut, risau, nervous, helpless, kita ALWAYS ADA ALLAH nak minta... #syukur

cerita 2 *Prof Ahmad Ibrahim*

my bos ni batch awal2 uia la,,, sempat la beliau menuntut dari prof. ahmad. as usual, i NEVER heard other than super duper great story about him la.. #tawadhuk #amanah #berilmu dan byk2 lagi kelebihan beliau. one of the story, my bos study family law with him, lepas tu kan everytime bila cakap pasal kes NATRAH, beliau akan berhenti dan MENANGISSSS! ye la, beliau kan one of the lawyer dalam kes tu.. fuhhh... nampak tak? betapa beliau buat kerja dgn #jiwa dan sangat bertanggungjawab dgn apa yg beliau buat. #RESPECT...

the other story, about betapa beliau SANGAT menjaga amalan even the sunnah2 things tau. for example, qailullah... beliau akan tidur selama 30 minit setiap hari sebelum zohor! dan tak ada siapa akan ganggu beliau pada waktu tu...

the other story about him yg pernah dengar before this, beliau akn sentiasa dalam keadaan berwuduk. betapa nak menjaga adab dgn ilmu & menjaga diri & hati..see? mana tak hebat?

cerita 3 *bos ex-uia*

my bos tu kan as i mentioned before ex-student UIA.. batch awal2... and u guys know what? *fact ni menarik utk ex- student dr. farid laaa* he is housemate dr.farid...haha! byk la cerita2 zaman muda mereka ni keluar.. but well, no offence, cerita yg baik2 je ok! tp dr.farid mmg dah comel dr dlu... what makes him today la! #hebat

my bos jugak dapat scholarship UIA...hebat kannn?
 mereka ni geng2 hebat2 laaa.. tp my bos tak minat jadi academician, so he choose to practice berbeza dgn dr. farid, dr awal lagi he already decided utk jd academician.. so, study la beliau smpai dpt DR.!


So, my bos nasihat, we actually kena decide dr awal juga la nak practice ke, jadi academician ke or whatever la kan..sebab dunia skrg sgt cepat, lambat sikit, peluang kita diambil org. so really have to DETERMINED.. heh, baik my bos tak tanya i nak jadi apa uolls.... bleh ke nak jawab nak jadi housewife? haha.. mmg la spoil mood dia nak ajar i sungguh kan nnt.. so, juz kept it dlm hati je laa...
ALLAH knows best kot...
 
We Plan, But Allah Also Plans And they plan, and Allah also plans. And Allah is the Best of Planners. Surah Anfal: 30 

ni la antara cerita2 yg my bos shared spnjg 3jam smlm... ni cerita yg dah ditapis la ye... bykkkkk lg kot yg tak ingat atau tak larat nak tulis atau too privacy..only those who really closed to me je la dpt dengar versi tu nnt^^

ni versi cerita2 la, versi ilmu ada jugak... cerita tu sampingan je, tp tu la yg menarik dikongsi kan? kalau  cerita buat kerja apa tu semua da mcm buat report plak...hekk..nnt spe yg berminat, bleh baca report i... surely #boring...keh2...

k la, cukup kot utk 1st day... sambung 2nd day hari ni pulak^^



obat hati


....kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
  (At-Talaaq 65:2)


Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(At-Talaaq 65:3)

......Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian. (At-Talaaq 65:11)

Monday, 10 June 2013

1st day praktikal

ASSALAMUALAIKUM, kalau tak jawab dosa, kalau jawab SAAAYAANGGGG...
*ok bajet maria elena*

ok, we begin with BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM...(semoga mampu istiqamah dgn blog ni..hikk^^)

heh, tak sangka da mula praktikal hari ni... u guys no what, i've just melalui such a super duper hectic final exam as 3rd year 1st sem law student... HECTIC! Seriously, my mental and physical sgt sengsara uolss. iolls thought this is the most scary exam so far... 3 minggu rasa macam 3 tahun... tau?
oh, taknak ingat la... ALHAMDULILLAH, i've managed to settled everything. hopefully the result gonna be baik2 aje... setiap kali doa macam takut sgt kalau tak makbul. serious, i doa dalam keadaan stress. boleh mcm tu? tp itu lah yg dirasa. semoga rasa takut yg penuh pengharapan ni, Allah nilai.
FAIZA AZAMTA FATAWAKKAL 'ALALLAH <3 *apa lg yg nak diharap melainkan janji2 DIA*
Tiada daya & kuasa melainkan seizin ALLAH...  *kepada yg terbaca post ni pun doakan sy ye? sy doa in advanced utk org2 yg doakan sy dapat kebaikan didunia & akhirat*

OK, nak cerita pasal 1st day praktikal sebenarnya. hehhh..
u know what, i just reached home around 11 mlm plus2 malam tadi. kami gerak immediately after exam usul fiqh yg habis pukul 6, solat2, dan balik! PENATTTnya Allah je tahu. (oh, btw kami tu k.long & her family, thanks to them la..ALLAH bless them.)

sampai rumah, kemas2 barang, tidur & paginya masuk ofis pukul 8.30pg. awal ok! like nothing happen 1 month before & yes, what more yesterday! HAHA..
pakai black & white with court shoes buat i feeling lawyer sangat. AHAKS!

Sampai2 kenalkan diri, sekali bos tak masuk lagi daaaa... 2 jam kot tunggu! tp bleh la amik2 mood, bertenang, baca buku yg kak fadh bg masa b'day hari tu*ok, baru nak baca..hehe*... tu je sempat capai pagi td, motivated sgt ok!

 *such a very good book, thanks kak fadh syg*

after lebih kurang 2 hours, akak nurul pun smpai, sembang2 dgn kak nurul (assistant lawyer kat situ)... dengan kak nurul ni ok je, dah penah jumpa before this, and she's really helpful & very tak kedekut ilmu ok... Otai kot dia tu..pastu tunggu bos datang, bos pun bagi briefing segala bagai. oh alhamdulillah, bos tu veryyyy warm person. cuak kot bos lelaki, baru tau.. ingat kan duk bawah kak nurul je.

lepas briefing bos, bos dan kak nurul keluar jumpa klien. ditinggalkan la i sorang2 kat bilik dgn buku2 yg tebal utk dibaca, oh tak dilupakan NLC okeh!  kenapa NLC? sbb my firm ni byk buat conveyancing..that's y laaa... i gonna very in love with land law la lepas ni(?)...haha..
tapikan, saya berjaya habiskan 5 topic tanpa stress laaaaa... lain rupanya study utk exam dgn study utk keje tau! *btw, xde la sorang2, ramaiiii je staff lain kat luar, tapi tak byk berurusan dgn mereka*

ok, dipendekkan cerita after lunch & zohor, my bos panggil. dia nak sambung briefing. briefing yang sgtttt detail ok..can i called it as briefing btw? haha.. dari pukul 2 sampai 5.30,,, brief tak? haha..

disini la cerita2 menarik bermula...hehe..

*ok bukan nak anti klimaks, tapi....... TO BE CONTINUED... ada tetamu ni...daaaaa..x0x0

nah, teaser!

*can u guys bayangkan hidup i lepas ni??*
ohhh, i can't wait...! lalalala~