hyeeee, hari ni saya nak share cerita2 & nasihat my bos yang tak dapat kat mana2 beb! exclusive ni..hekk^^
saya mulakan dengan cerita yang fresh la, yang berlaku hari ni!
tadi ada satu client datang, chinese businessman (baca: uncle). as i cerita pada entry2 sebelum ni, meja i kan dalam bilik my bos. so, TERdengar la perbualan my bos dgn uncle tu...lawak sangat ok! nama je client tapi sembang tak ingat! malu plak dengar 2 lelaki berbual soal kehidupan...wahhaha... mujurlah meja i nii membelakangi mereka, so, mereka x dapat la lihat reaksi ku.. buat la bajet2 busy buat keje dan seriously tak nak dengar sebenarnya! tapi what to do, memang TERdengar...hikkk
mula2 my bos dgn client dia tu berta'aruf...tanyalah bisnes apa semua kan. tiba2 keluarlah cerita ayah uncle tu, taukeh balak beb ayah dia. kaya la nak cerita nya. tapi ceritanya mula menarik bila dia cerita ayah dia poligami, 4 beb isteri dia! masa tu tanpa tak sengaja terbeliak la mata aku. MANA BOLEH POLIGAMI UNTUK NON-MUSLIM kan! *ingat lagi ni bljr family law*hekkk.. lepastu dia pun admit memang tak boleh, tapi buat je la, tapi tak register la...
best tau cerita poligami ayah dia ni! dia kata kalau ikut law kat malaysia ni memang tak boleh la kan, tapi ikut custom mereka boleh je.. dia kata ayah dia ni *dulu2 la* kaya sangat. biasa la lelaki, bila kaya, rumah ada, kereta ada, nak apa lagi untuk 'show-off' kan...PEREMPUAN laaa! *eh, ini pengakuan lelaki2 yang bersembang tu ye!*
tapikan, one thing yang buat saya impressed sangat2, uncle tu cakap, ayah dia yang berpoligami (4orang isteri) tu pun tak bagi anak2 dia poligami! dia kata susahlah, ingat senang ke nak handle perempuan.lagi2 4 orang! haha...*kali ni sekali lagi aku dah tersenyum2* wahaha..uncle tu siap tanya pada my bos, macam mana eh muslim benarkan poligami? tapi dia jawab sendiri, "tapi muslim tak apalah, uolls ada guidance pasal poligami, we all non-muslim tak ada tau"... *kali ni aku terharu pulak! nanges~*
![]() |
| *amboi, bahagia nampak* |
---> yang menariknya, my bos pun against poligami! eh? rasa mcm nak menyampuk pun ada. eh, jangan nak salahkan sistem poligami ke apa eh. susah nak handle perempuan la, nak uruskan anak2 yang ramai la...
terang2 Allah dah pesan:
Dan jika kamu takut
tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu
berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu
berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian
jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri
kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah)
hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih
dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.(An-Nisaa' 4:3)
hah, tak cukup jelas ke? it's all about ourselves! not the system ok! jangan la buat kalau tak mampu! BUT PLEASE DON'T CONDEMN THE SYSTEM LAAAA!
bukan lelaki atau perempuan. stop blaming la! i myself setuju dengan poligami *my mom pernah terkejut dengan my statement ni tau* wahaha.. but, i cool kan my mom balik dengan, "memang la i agree with poligami, but surely i will not agree if my husband or my dad yang nak poligami" wahaha... *eh2, rilex2, a lots of consideration yang akan dipertimbangkan if NECESSARY! so, no worry..wahaha.. bila perlu, we will sit & minum kat oldtown sambil discuss^^*
ok2, tak abis lagi sembang my bos dgn his client tu...hikk..
kan tadi uncle tu ada cakap yang ayah dia pesan jangan poligami kan?
ayah dia ada bagi tips siap! hah! MENARIK sangat! selama ni, kita anti-poligami, tapi pernah tak kita cari solusinya?! *sentap* saya rasa malu sangat, sebab saya dengar dari mulut seorang non-muslim!
CARA MENGELAK TER-POLIGAMI
uncle tu cakap, kita orang lelaki ni *kita: dia la & my bos, not me^^* biasanya jadi ter-poligami ni biasanya mula dengan kesian. dengar2 cerita, mula la nak tolong, nak jadi hero *biasa la lelaki kan*, bila dah tolong, follow up siap! apa lagi, TERJATUH CINTA la! mula dengan kesian je kot!
so, tips yang diberi oleh ayah uncle tu adalah: JANGAN DENGAR SANGAT MASALAH PEREMPUAN! hah! kalau nak tolong, tolong je la, bagi duit ke apa, macam jangan nak curious sangat tanya how,what,when,who and wahtsoever tu. bila kita tunjuk yang kita berminat sangat nak tahu masalah dia, tanya2, follow up bagai, itu yang mula jatuh cinta tu! *and again! uncle tu buat i terlopong ok!* i was like......"pergh, betul jugak kan! Islam pun dah ajar, lelaki-perempuan memang tak boleh berbaik2 sangat, mesti ada syaitonnirajim yang menggoda, dan terheret la kelembah maksiat*ni yang teruk la* yang baik sikit, POLIGAMI! huh, sedangkan tak perlu sangat pun nak poligami, anak isteri elok je dirumah. tapi segalanya bermula dengan kasihannnnn...!

*ehem!*
ye la, memang la itu bukan punca utama atau the only reason of poligamy, tapi bila fikir2 balik, "eh, memang logik la, memang antara punca yang famous la saya rasa!"
my bos pun macam terlopong jugak tau dengar dan macam tersedar... my bos pun macam, "eh ye la, betul jugak... betul la cakap your dad..."(baca dengan nada teruja) *ye la, my bos ni pun memang baik hati suka tolong2 orang..hekkk...mungkin dia pun tersedar, dan sangat perlu lebih berhati2 lepas ni ;) ye bos!*
hah, menarikkan! tak tau la uolls rasa menarik tak. tapi tak tau la kenapa i ni rasa teruja sangat bila dengan perbualan mereka ni... mungkin sebab keluar dari mulut non-muslim kot! dan saya rasa logik sangat dengan ajaran Islam tips tu! ^^
huh, ni part of sembang2 2 lelaki hebat laaa...respect laaa... tapi malu la dengar lelaki sembang,,errr..
ok, cerita lain...tajuk entry ni kan, marriage-poligami. ni baru cerita poligami, MARRIAGE belum lagi^^ wahahhaa...
ok, pasal marriage ni conversation between my bos and me laaa.. as i said before, my bos ni very kind-hearted person tau! banyak sangat tips2 yg dia bagi. selain tips2 untuk menjadi peguam yang berjaya dan untuk sustain sebagai practicing lawyer, my bos jugak banyak beri tips pasal dunia rumahtangga dan tips2 memilih suami! wah! kursus kahwin FREE beb!
ye la, sebagai practicing lawyer for almost 20 years mestilah banyak pengalaman dia kan!

my bos always remind me, to choose a good husband! wahaha...*malu i uolls, tapi ye la, saya dengan muka matang mengangguk2..wahaha...anggap la tu pesanan dari seorang ayah..*
dia selalu cakap, 'syeera, u at ur age sekarangkan kalau pilih pasangan lebih selamat. u tak ada banyak pengaruh lagi. kalau u dah keje, banyak perkara yang akan influence u dalam membuat pilihan. kereta, gaji, rumah. kalau sekarang, u will only look at his character je. please don't go for handsome & rich guy la. tu semua boleh develope tau syeera. tp once u tak ada good character, forever la u will last with that bad character guy.' *fuh, berpeluh iolls*
tu baru tips memilih beb. ada tips nak sustain marriage pulak..wah2! *kan da cakap, kursus kahwin free beb!* 'syeera, seriously ea, marriage life is not easy. lagi2 kt yang practicing ni tau. ye la, balik stress. kalah kes ke. client buat perangai ke. kena saman ke. mcm2 la. bila balik stress. kalau tak pandai kawal mood eh, memang worst tau. memang kena banyak bersabar. most important things is COMMUNICATION..'*saya pun mengangguk2 laju, biasa dengar ni. nampak sangat pentingnya communication ni* ' u better jangan ada any secret between ur spouse tau. kalau u tak pandai math, exam dapat F, terus terang bg tahu, jangan nak belagak tahu..'

;)
*tu example je la, banyak kot contoh2 & nasihat yang diberi, tak tertulis, insyaAllah, terpakai di masa depan.!*
thank you la bos! macam ni, u tak bagi i elaun pun tak apa la...wahhhh...*ok, tipu! semoga my bos tak baca ni!* saya nak elaun untuk shopping! hikkk^^
till then, x0x0 <3




No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.